Assalamualaikum, salam perkenalan.
Nama saya Zetty Sofia, nama penuh ada Nur kat depan yang bersambung dengan Zetty. Kadang ada orang panggil Zetty, ada panggil Sofia dan ada jugak panggil Jetipia (nama glamour sebab senang gabungkan terus dua nama tu).
Alhamdulillah, umur dah 26 tahun walaupun muka macam 16 tahun lagi. Seorang Research Dietitian di UKM kampus Kuala Lumpur. Sekarang dalam proses nak bertunang pada bulan September tahun ini dan bernikah pada bulan Februari tahun depan (InsyaAllah) dengan inche PhD. Anak ke-6 daripada 6 adik beradik.
So Dietitian ni kerja dia apa? Kerja dia men-diet ke?
Ahha, dietitian ni pakar pemakanan tapi lebih specific kepada orang yang ada penyakit. Senang cerita, kalau Pharmacist kerja nya bagi ubat pada pesakit untuk sihat. Tapi Dietitian ni kerjanya bagaimana dengan ubah pemakanan sebagai 'ubat' kepada pesakit untuk sihat.
Dietitian ni banyak cabang:

- Clinical Dietitian --> kerja di hospital
- Catering Dietitian --> kerja di dapur hospital
- Community Dietitian --> kerja bersama komuniti (ni macam nutritionist)
- Research Dietitian --> kerja di universiti
Memang minat ke nak jadi dietitian sejak azali?
Haha, sesungguhnya daku mula jatuh hati pada bidang ini semenjak tamat belajar Bachelor Degree dulu dan mula masuk Master Degree dalam bidang ni. Maklumlah, dulu krisis identiti zaman muda-mudi. Tapi bila dah masuk alam dewasa, usia makin meningkat, kita makin banyak berfikir. Bila kita tengok orang Gemuk makin ramai, kawan sekolah yang lama lepas kahwin semua berisi dan kita pun tak ketinggalan jadi bulat juga. Seiring dengan itu, makanan berevolusi dari pisang --> pisang goreng --> pisang goreng cheese --> pisang goreng cheese chocolate. Ah, sudah. Dan bila kita sendiri belajar dan kita tahu sebenarnya macamana sebenarnya proses kegemukan tu berlaku, maka kita rasa terpanggil untuk menjadi pendakwah bebas menegakkan syiar Malaysia Kuat & Sihat. Ehe.

Cukuplah takat tu, doakan moga istiqamah menulis. Sebab banyak dah jadi hangat-hangat tahi ayam. Moga kali ini, lebih serius untuk menulis dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemakanan sihat. Doakan, insyaAllah!

Comments
Post a Comment